Thursday, October 29, 2009

MASJID AL-MUQARRABIN



Masjid Al-Muqarrabin terletak di Bandar Tasek Selatan dan berada di bawah Parlimen Bandar Tun Razak.
Pada 14 Mac 2005 Masjid ini telah siap dibina dan memulakan operasi pada tahun yang sama. Pembinaan Masjid ini melengkapkan keperluan masyarakat islam khususnya di kawasan yang berhampiran kerana sebelum ini masyarakat tempatan menumpang di Masjid Jamek Sungai Besi untuk menunaikan solat khusunya solat Fardhu Jumaat.
Dengan kepadatan jumlah penduduk Bandar Tasek Selatan yang hampir mencapai 20,000 orang, Masjid Al-Muqarrabin memainkan peranan yang besar dalam membentuk masyarakat tempatan khususnya umat islam dalam memahami dan menghayati nilai-nilai murni dalam agama islam.
Jumlah penduduk yang mencecah 20,000 orang ini, maka kemudahan van jenazah sangat diperlukan sebagai menyempurnakan salah satu dari tuntutan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian.